KEMAHIRAN BERFIKIR

Kursus ini merupakan kursus wajib bagi fakulti pendidikan.

Kelas tutorial mempunyai 2 kertas kerja yang perlu disiapkan iaitu;

Berkumpulan(30%):

Individu Diarahkan:

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN ISLAM

Tingkatan : 4 Ibn Ryusd

Tarikh : 25 Ogos 2008

Hari : Selasa

 

Masa : 9.00 am – 11.00 am.

 

Mata Pelajaran : Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah : Akhlak

Tajuk : Adab Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Konsep Utama : Menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia

daripada melakukan kemungkaran.

Kata Kunci : Konsep, peringkat, langkah-langkah, wasilah, ciri-ciri, hikmah.

Tujuan Am : Pelajar dapat mengetahui konsep amar ma’ruf dan nahi

mungkar yang sebenar dan dapat membanding beza antara

keduanya.

Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat :-

–>Menyatakan dan mendifinisikan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar.

–>Menyenaraikan peringkat-peringkat amar ma’ruf dan nahi mungkar.

                          –>Menjelaskan langkah-langkah yang dapat digunakan dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

Nilai murni : Memahami akhlak-akhlak terpuji dan keji serta dapat

membezakan antara keduanya di samping mempraktikkannya

dalam kehidupan.

Kemahiran Berfikir : Mengkelaskan dan mencirikan sifat-sifat baik dan buruk.

: Membuat gambaran mental tentang sifat-sifat mahmudah dan

sifat-sifat mazmumah.

: Menjana idea berkenaan dengan hikmah pensyariaatan amar

ma’ruf dan nahi mungkar.

: Menggunakan Cort 1 dalam teknik penyoalan iaitu CAF,PMI,

Dan OPV.

 

Teknik Pengajaran : Kuliah

Perbincangan

Penyoalan

Kuiz

Tinjauan

Bahan Bantu Mengajar : Bahan-bahan teknologi ( Microsoft Word dan Powerpoint ,

Internet, Laman Web dan rakaman video ).Kertas .Papan Putih

Dan Marker Pen.

Isi Pengajaran : Konsep amar ma’ruf nahi mungkar : perbuatan menyeru

manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada

melakukan kemungkaran atau maksiat. Dalil : Surah

Ali Imran, ayat 110.

Peringkat amar ma’ruf nahi mungkar : tangan, lisan, hati.

Langkah –langkah : penerangan, nasihat,amaran dan tindakan

undang-undang.

Kebaikan dan keburukan: mengeratkan hubungan silaturrahim.

Banyak maksiat akan berlaku dalam masyarakat.

Kriteria : perbezaan perangai orang yang mengamalkan amar

Ma’ruf nahi mungkar.

Hikmah : pelbagai kebaikan akan dimanfaatkan oleh

masyarakat, diri sendiri dan semua pihak.

 

Bahan Rujukan : Buku rujukan Pendidikan Al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.

Internet.

Pengetahuan lepas : Pelajar-pelajar telah mengetahui secara umum mengenai adab-

adab amar ma’ruf dan nahi mungkar melalui pengajaran dan

didikan ibu bapa.

Langkah-langkah pengajaran :

LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN GURU

AKTIVITI PEMBELAJARAN PELAJAR

ABM / CATATAN

 

Permulaan

  1. Guru menayangkan rakaman video tentang akhlak mazmumah dan mahmudah.
  2. Guru mengarah para pelajar menilai rakaman tersebut.
  3. Guru bertanya kepada pelajar sejauh mana kefahaman mereka tentang amar ma’ruf nahi mungkar.
  4. Melalui respon pelajar, guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pelajaran yang akan diajar pada hari itu.

 

 

1. Pelajar menghayati

rakaman yang ditayangkan

 

( Apakah yang dapat anda fahami daripada video yang ditayangkan sebentar tadi ? )

 

2. Pelajar menyatakan pendapat mereka berkenaan dengan video klip tersebut.

 

3. Pelajar memberi respon terhadap soalan guru.

 

 

LCD

Microsoft Powerpoint.

 

Perkembangan

  1. Guru menerangkan tentang konsep dan definisi amar ma’ruf nahi mungkar dalam Islam.
  2. Guru seterusnya bertanyakan pelajar tahap kefahaman mereka berkaitan dengan konsep yang telah diterangkan.
  3. Guru memaparkan dalil yang mengandungi peringkat-peringkat dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
  4. Guru memberi penerangan tentang peringkat-peringkat yang terdapat dalam dalil di atas.
  5. Guru seterusnya menghuraikan langkah-langkah dalam pelaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar.
  6. Guru mengarahkan para pelajar untuk berfikir tentang kebaikan dan keburukan amar ma’ruf nahi mungkar.
  7. Guru meminta para pelajar mengemukakan jawapan mereka dan menyatakan bagaimana mereka mendapatkan jawapan tersebut.
  8. Guru meminta dua orang pelajar untuk mewakili pelajar lain memberi jawapan.
  9. Guru membincangkan jawapan tersebut dan memberi penerangan kepada isi jawapan dengan lebih terperinci.
  10. Seterusnya guru meminta pelajar mengkelaskan kriteria orang yang berakhlak baik dan berakhlak buruk.
  11. Guru meminta pelajar secara sukarela untuk menulis jawapan di papan putih serta menilai jawapan itu.
  12. Guru meneruskan penerangan dengan menjelaskan hikmah beramal dengan amar ma’ruf nahi mungkar sambil mengarahkan pelajar berfikir mengenainya.

 

1. Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatit isi penting.

 

 

2. Beberapa orang pelajar yang dipilih guru menjawab soalan guru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah kebaikan dan keburukan mengamalkan dan tidak mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar yang dapat anda kenal pasti?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hikmah amar ma’ruf dapat dilihat dari pelbagai aspek. Apakah aspek yang dapat anda fikirkan ?

 

 

Penutup

  1. Guru membahagikan pelajar di dalam kelas kepada beberapa kumpulan dan memberi soalan kuiz berbentuk helaian kertas kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan.
  2. Guru memberikan masa sebanyak 5 minit masa perbincangan kepada para pelajar.
  3. Masa tidak mencukupi dan guru meminta pelajar menyerahkan tugasan pada hari berikutnya.
  4. Guru memuji pelajar kerana memberi tumpuan yang baik di dalam kelas.

 

 

 

 

Kertas A4.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

October 2014
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

IPTA

Recent Comments

Meta

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: